Pernah tak korang
dengar nama GENG REDONG 90 dimana – mana jua atau bila – bila masa? Kompem tak
pernah kan?mana taknya..baru bubuh nama ni..tu pun aku yang bersuka hati je
bagi…hehehe.. kenapa REDONG? Kenapa 90? wuhuuu…good question la sis…REDONG
because kami semua berasal daripada FELDA REDONG 01, SEGAMAT, JOHOR dan kami
juga dilahirkan pada tahun 1990. So, secara simboliknya, geng ini refer kepada
sesiapa sahaja penduduk Felda Redong yang dilahirkan pada tahun 1990 iaitu kami
saja, tak ada yang lain.. Comey tak?hihihi…
INILAH DIA .... |
Apa yang best
sangat tentang geng ni?huishhh…happening sangat geng ni taw.. Dulu masa zaman
sekolah menengah rasa sedih sangat nak tinggalkan kawan – kawan. Selalu fikir,
mesti susah nak jumpa dan kumpul ramai – ramai..Yerr, secara dasarnya (cewahh)
memang susah but we made it. Alhamdulillah.. Lepas 5 tahun habis sekolah banyak
event yang telah dianjur dan disertai bersama. Yang penting aktiviti WAJIB
kitaorang is Konvoi Beraya bersama..Memang susah nak kumpulkan kesemuanya tapi
tetap dapat sambutan ramai. Memang best.. suasana memang kecoh + meriah..beraya
dari rumah ke rumah sampai sejam untuk sebuah rumah je..start dari pukul 8
sampai la pukul 12 malam..bukan satu malam tapi lebih..nama pon konvoi kan…heyyy…memang
buat bising tapi yang bestnya, every family faham. Wehehe…
Apart from
that(wow), berbuka puasa bersama. Yang ni memang kecoh sebab kacau orang lain
yang sedang berbuka..tengah makan pon bising..everyone kelakar..ada jer lawak..
Aku yang suka ketawa memang ketawa jelah memanjang..aduii..tegang urat mulut
ni…hihi..Bukan setakat Redong sahaja..tetap invite kawan – kawan dari kampung
sebelah. Bertambahlah kemeriahannyer yang tak terkata.
Hah..nak tahu
lagi tak? yang ni lagi la superb best.. Expedisi mendaki GUNUNG LEDANG..
wooww..tersangatlah penat tapi sangatlah menyeronokkan..pergi pulak time
Chinese New Year. Tak macam crowded pulak GUNUNG LEDANG tu.. Parking pun
susah.. last2 parking kat luar..berjalan jauh masuk ke GUNUNG LEDANG +
pendakian GUNUNG LEDANG..huiii..dapat rasa tak apa yang kite orang rasa time
tu.. Anyway, it was Amazing Moment in my life..
Ada lagi taw..huhu..pergi Melaka dari pagi sampai malam sebab boring duduk Segamat.. boleh ke macam tu..tak sayang Segamat langsung…hehe..bukan macam tu.. Time tu first day keluar filem Nur Kasih The Movie.. Time tu Segamat belum ada wayang lagi.. So, terpaksalah merantau tempat orang. Tapi best sebab dapat jenjalan tempat orang dengan geng..siap makan tepi pantai lagi taw..mujurlah abah izinkan balik lambat..haha..
Ishh…banyak
lagi nak story ni pasal GENG REDONG 90 yang happening gilerr ni..ada masa aku sambung
lagi TULISAN DARI HATI ni k…tunggu untuk Part 2 yang sememangnya awesome..ok? belum
lunch lagi ni..Jom.. J