Jelita Lavender

Sunday 17 July 2011

4 HARI 3 MALAM

It’s all about assignment Transport & Tourism And Transport Policy & Corporate Strategy kite orang sampai ke Melaka and Klang. Yang penting dapat ke rumah atin.
Lepas habis kelas  RM aku, atin, azua mek and atin bertolak ke Melaka naik bas Mara Liner pada pukul 4.30 petang. Seawal seawal pukul 3 kte orang da tunggu kat terminal bas. Sementara tunggu bas tu, macam biasa lah..karaoke dulu..haha..dalam pukul 7 kte orang sampai Melaka Central. Tiba Melaka Syud ngan Mek usha satu site yang ade maklumat tentang hotel – hotel area Melaka. Tiba – tiba ada sorang uncle ni tegur dia orang offer bermalam kat hotel dia. Azua berjaya  kaw tim dengan uncle tu sampai uncle tu cakap, “ u all belajar ada amik ekonomi ea?”wahh bangga kami sebagai student UiTM..haha… sepanjang perjalanan menuju ke hotel kota lodge, beria je uncle tu cerita pasal hotel dia. “u all takkan menyesal punya tidur di hotel I” ayat yang tak dapat aku lupakan..
ingin bergerak ke melake..jommmmmm

Lepas sampai hotel kte orang pun siap – siap nak pergi ke lokasi pertama iaitu Malacca river cruise. Before that pergi makan dulu. Menu pilihan asam pedas kat restoran hajjah mona asam pedas . Kebetulan orang 8tv tengah shooting program makan- makan kat situ. Tapi tak kenal la pulak mamat host program tu.boleh tahan hensem jugak la.. hampir – hampir je kte orang ni ditemuramah tapi masing –masing buat bodoh tak jadi dia nak tegur. Bukan ape, malaslah nanti glamor pulak muke masuk tv..haha..
waiting for asam pedas..huhuhu...
Dah habis makan, jom pergi naik river cruise..bermulalah documentary kami..tak tahu nak cakap ape.. tak prepare skrip pun..bantai je la kan..luahkan la ape – ape yang patut. Sepanjang dalam cruise tu kte orang diam je sebab dah penat berjalan. tengok gelagat sekumpulan tourist dari japan bersemangat je dia orang. Betul – betul Nampak excited..cayalah Malaysia berjaya membuat mereka tertarik.

excited nak naik cruise


       
azua, aku, atin, mek and syud

                              
Next day, seawal pagi kteorang dah keluar sekitar bandaraya melaka. Shoot sekejap kat stamp museum and A Famosa. Syud je la yang mendaki ke A Famosa tu. Kte orang tak larat..Suka betul tengok beca – beca kat situ..cun – cun semuanya.. tapi rasa macam tak sampai hati pulak tengok pak cik – pak cik yang mengayuh beca tu..mesti penat kan..dah la semua kurus – kurus..haha..

tunggu syud daki A Famosa...hoho...
Berjalan dan terus berjalan sampai lah terserempak dengan sakura dan tiger. Kelakar je sakura merajuk bila azua cakap busuk. Kuda pun tahu merajuk rupanya..haha..

ni la sakura
Lepas je siap assignment ni kteorang terus bergegas ke klang untuk assignment seterusnya. Thank a lot kat atin and family sebab bagi kte orang bermalam di rumah atok atin. Bukan semlam tapi dua malam. Hanya tuhan saja dapat membalas jasa baik atin dan keluarga. Tapi kteorang pulak yang asyik tinggalkan atok atin sorng – sorang kat rumah. Malam tu kteorang pergi jalan – jalan je I – city shah alam. Siap main game lagi..Teruja tengok lampu – lampu yang berwarna warni.rasa macam nak bawak balik satu je letak kat rumah. Almaklumlah, bulan depan kan raya. Meriah sikit rumah tu nanti..haha..



                    
Malam tu tak terus balik..lepak sat minum ABC kat bazar area klang gak..sambil tu layan jap cerita KL Gengster..wahh…nampak seth tan (aaron aziz) jadi gengster..dah tukar profession agaknya..suka betul tengok lakonan dia..tak boleh lupa watak dia dalam nora elena..huhu…
Esoknya, bangun awal pagi lagi untuk ke century logistics kat port klang untuk interview pihak kat sana. Sepatutnya jumpa en khairil tapi beliau baru kepas operation pulak.. tapi kagum dengan en khairil even sakit pun layan je setiap call dari ketorang..macam ni baru profesional kan? So, en nizam  selaku executive haulage operation la yang bertanggungjawab melayan interview kiteorg ni..dia ni pun boleh tahan ramah jugak. Tapi kadang – kadang terasa tak jawab soalan pulak. Kurang maklumat di situ ye..anyway thank sangat sebab sudi entertain kteorg. Siap ajak lunch pulak..huhu..

Petang tu azua ajak pergi PKNS. Nak jumpa kawan dia. Ain namanya.jejak kasih pulak dah..sementara tunggu azua jumpa ain, ade pulak kedai jual cd bukak cerita KL gengster. Jumpa lagi dengan seth tan..haha..
ape kena dengan aku ni?lapar sanagt ke?haha

cun la tu..huhu
Next destination, bercuci mata kat jusco bukit tinggi. Ingat nak tengok wayang tapi kena tunggu lama pulak. Pastu atin bawak pergi ke giant kat setia alam. Kami berkaraoke dan bermain game. Puas hati rasanya..before balik, singgah sekejap kat market giant cari bahan – bahan masak megi. Azua mengidam nak makan megi..pastu dinner mcD kat area situ jugak. sampai rumah atok atin je kteorg rest sat. pukul  12 je kteorang mulakan operasi masak dan makan megi  di tengah malam.terasa macam bersahur pulak. Tak pernah makan megi lewat malam..haha..
Anyway thank a lot kat atin yang sudi melayan kteorg ni. Minta maaf juga kalau ade salah dan silap sepanjang di sana. To all my dear frens atin,azua, mek and syud thank guys for this such sweet memories. LUV U ALL…